Bismillah ( dengan nama Allah)

Seminggu berlalu dengan cepat. Sibuk dengan itu dan ini. Tertinggal blog ni buat seketika. Satu lagi design kad bermotifkan batik. Dicampur dengan elemen moden sikit.

Rekabentuk 1 : Motif Batek 2 Version 1.0
Warna : Mengikut citarasa, luar dan dalam berwana ( 4 color cmyk)
Fasa : Proposal
Kertas : 260 art card
Finishing : Matt laminate
Anggaran harga : rm0.80 – RM1.30 ( bergantung kepada kuantiti)
Sampul : Pink, Cream ( kosong)

design by:
Syafirol Hafiz
0192834356


Bismillah ( dengan nama Allah)

Motif Batek Design 1

Rekabentuk 1 : Motif Batek Version 1.0
Warna : Mengikut citarasa, luar dan dalam berwana ( 4 color cmyk)
Fasa : Proposal
Kertas : 260 art card
Finishing : Matt laminate, Spot UV pada khat dan nama
Anggaran harga : rm0.90 – RM1.30 ( bergantung kepada kuantiti)
Sampul : Pink, Cream ( kosong)

Ini adalah rekabentuk 1 untuk motif batek untuk satu perniagaan kad kahwin. Insyallah lebih byk akan menyusul dengan motif dan bentuk lebih simle, kemas dan sederhana.

– Syafirol.

** Jika ada yang berminat boleh email syafirol@piiown.com atau hubungi/msg di 019 283 4356


Bismillah ( dengan nama Allah )

langkah pertama


Tiada peraturan khas yang perlu dipatuhi dalam merakam foto. Tapi kita ada ‘guideline’ atau panduan untuk menghasilkan sesebuah foto yang baik. Exposure ( Dedahan cahaya, kecerahan yg sesuai utk gambar, cukup cahaya) dan  komposisi ( di mana kita meletakkan subjek dalam gambar) adalah diantara panduan asas yang perlu kita ikut utk mendapatkan sesebuah foto yang dikatakan baik.

‘Exposure’ / dedahan cahaya adalah perkara paling penting dalam sesbuah foto. Bijak mengawalnya maka kreativiti anda pada foto akan lebih bertambah. Jadi, untuk sesiapa yg mula berjinak2 dengan kamera silalah belajar dan mengkaji tentang ‘exposure’ selepas korang dah faham bab butang2 atau punat dan fungsi2 di kamera anda.

Mulakan dengan langkah pertama dulu. Kenal kamera anda dan berkenalanlah dengan cik  ‘exposure’. Kalau ada manual kamera silalah baca 2 3 kali. x faham rujuk pada bro google atau mana2 kawan yang dah tahu.


Foto

23Apr10

Bismillah ( dengan nama Allah )

boss

ISO : 250
Aperture : 5.6
Shutter : 1/60
Focal Length : 250mm
DSLR : 40D
Light : 1 light with black umbrella ( 480ex), 1/16 , 1 light from cameraphone ( spot ), 1 6′ white reflector, 1 water reflector🙂 .

Dalam berpuluh-puluh keping foto yang dirakam. Hanya ini sahaja yang aku berpuas hati. Adakah membazir masa hanya untuk mendapatkan sekeping foto? Di sinilah berlakunya proses pembelajaran. Konfigurasi kamera dan lampu serta pengunaan lensa yang tepat akan menghasilkan sekeping gambar yang tidak perlu lagi melalui proses pengubahsuaian (editing). Lebihkan masa untuk merakam foto atau mengedit gambar? Aku lebih sukakan sekeping foto yang terus dari kamera sedia untuk dicetak. Itulah foto dan bukannya gambar.


Diekori

21Apr10

Bismillah ( Dengan nama Allah )

diekori

Pernahkah anda rasa anda sedang diikut atau diekori. Rasa nak lari, memecut, memasukkan diri ke dalam poket bersembunyi atau berpaling ke belakang? apa yang akan anda buat?


Doodle & card

20Apr10

Bismillah ( Dengan nama Allah )

‘Doodle’ .. atau dalam bahasa melayu maksudnya lakaran.. lakaran mudah yang kita tak fokus. senang cerita, main conteng ja la. Sambil2 menunggu orang tangan ada pensel atau pen, conteng atau lakar apa2 ja di kertas atau meja.  kalau nak tgk takrifan dalam Bi sila ke http://en.wikipedia.org/wiki/Doodle.

Seronok melakar ni. Biarlah jadi rupa apapun. Rasa puas ja. Kalau tengah menunggu tu adalah sesetengah hasil lakaran rupanya jin bertandukla, kartun orang kaki patah la, kononnya luahan perasaan. Dari duduk tercongok melengung berangan entah ke mana baik pegang pen menconteng sesuatu. ( ini kes malas membaca la)

Sebenarnya aku tengah design kad birthday.Tak berapa ada idea nak design sebab dah lama tak buat design. Lepas berhenti mengadap illustrator aku pegang pensel dan men ‘doodle’ .. menyonteng kertas. Terfikir kalau dimuatkan hasil contengan aku ke kad client aku nih. Tak tahulah orang puteh tu ok ke tak. Kita cubalah.

kad 1

Kad 2

Cerita kad: Yang sorang pakai topi tu adalah yang diraikan. Besday yang keberapa x kisahlah. Lilin ada sebatang ja. Semalam blackout petir kuat sangat. Yang beratur panjang sebelah sini tu kira pekerja2 syarikatlah.. Ada yang pakai tali leher, ada yg pakai riben, ada yg pakai tocang kecik. 1 malaysia lah kononnya. Yang pegang kek kat depan tu wakil syarikatlah. Bos pun boleh.

Lebih kurang macam gitulah keterangannya.

Sekian.

– Syafirol


Bismillah ( Dengan nama Allah )

color

Mari mewarna. Dalam cubaan untuk memupuk minat kepada sikecil untuk belajar dan cepat mengingati sesuatu kita perlu cuba pelbagai cara. Warna adalah diantara perkara terawal dan tercepat yang sikecil belajar. Untuk mempercepatkan sikecil ni mengingat huruf kita boleh cuba untuk menggunakan warna. Yang biru tu satu, merah tu tiga dan seterusnya. Untuk lebih menyeronokkan waktu belajar, kita boleh cuba untuk mewarna atau menulis pada medium lain selain dari kertas. Kalau gambar diatas tu saya gunakan kulit kerang yang anak saya sendiri bersihkan dan keringkan. Kami gunakan warna air sebagai warna. Tapi kalau dah guna warna air ni perlulah kawal sikecil dengan baik kalau tak habis lantai atau rumah. Silap2 dengan badan dia dilukis. Ok.Selamat mencuba.




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.